Azmil Mustapha – “Jika ditanya kenapa anak jadi MODEL? saya hanya boleh jawab hidayah itu milik ALLAH SWT”


Pelakon yang popular dengan filem seperti Mekanik dan Ali Setan ini kini merupakan seorang guru agama bagaimanapun tidak mudah ‘melatah’ apabila soalan mengenai anaknya itu diajukan.

“Benar, dia seorang model. Sekarang pun masih ‘shooting’ lagi. Bukan saja di Malaysia, malah kerjayanya memerlukannya ke luar negara.
“Jika ada yang tanya kenapa anak model, ayahnya begini, saya hanya boleh jawab hidayah itu milik ALLAH SWT,” katanya semasa menjadi tetamu dalam sesi temubual secara langsung di Facebook Sinar Harian, hari ini.