Siri Kartun Spongebob Ini Sebenarnya Di Inspirasikan Dari 7 Dosa Besar !

Sebut sahaja Spongebob Squarepants siapa yang tidak kenal? Seketul span yang berwarna kuning dan memakai seluar empat segi.

Rancangan kartun ini di popularkan oleh Nickledeon. Walaupun ramai yang menonton siri kartun ini tetapi mungkin ramai yang tidak tahu fakta-fakta yang menarik disebalik siri kartun ini.

Ayuh kita menyelam bersama-sama di BIKINI BOTTOM untuk menyingkap fakta yang menarik dan mengarut ini.

1. Watak Spongebob ini dicipta oleh Stephen Hillenburg. Stephen Hillenburg merupakan seorang Ahli Biologi Marin sebelum menjadi seorang animator, penerbit, pengarah, penulis dan kartunis.

2. Selain Spongebob antara watak yang popular dalam siri ini sudah semestinya Patrick, Gary, Mr Krab disamping Squidward, Sandy dan Plankton.

3. Spongebob dan rakan-rakan tinggal di Bikini Bottom sebuah kota di laut dalam di bawah Pulau Bikini Atoll. Pulau ini sebenarnya wujud di dunia ini dan terletak di Micronesia. Pulau ini merupakan kawasan yang di gunakan oleh Amerika untuk menjalankan ujian nuklear pada tahun 1940-an dan 1950-an.

4. Satu teori yang agak mengarut telah di buat, bahawa setiap watak di dalam siri Spongebob ini adalah di inspirasikan daripada 7 JENIS DOSA BESAR.

WATAK
JENIS DOSA

Spongebob: Lust (Sangat berkehendak)

Patrick: Sloth (Malas)

Gary: Gluttony (Rakus)

Mr. Krabs: Greed (Tamak)

Plankton: Envy (Hasad Dengki)

Squidward: Wrath (Pemarah)

Sandy: Pride (Bangga diri)

5. Patrick dan Gary adalah SEPUPU.

6. Patrick juga mempunyai KAKAK yang bernama Sam.

7. Berat Patrick adalah 2 auns berdasarkan lesen memandu beliau.

8. Pada tahun ini Spongebob berumur 31 tahun. Beliau lahir pada 14 Julai 1986.

9. Pada tahun ini Mr. Krabs berumur 75 tahun. Beliau lahir pada 30 November 1942.

10. The Krusty Krab merupakan sebuh perangkap Lobster.

11. Pada tahun 2011 para Sainstis telah menemui spesis baru fungi dan fungi itu di namakan sempena nama Spongebob yang di panggil Spongiforma Squarepantsii.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *